[PENGUMUMAN] MAKLUMAN APLIKASI MUDAH ALIH i-ALUMNI UniSZA KEPADA PARA GRADUAN KONVOKESYEN KE-14
- UniSZA Law Society
- Oct 10, 2022
- 1 min read

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Berikutan dengan hebahan berkaitan Majlis Idul Ilmi Konvokesyen ke-14 yang mengatakan para graduan mendapatkan butiran lanjut di aplikasi mudah alih i-Alumni UniSZA bermula 5 Oktober 2022, pihak MPP dimaklumkan bahawa PPIR telah menghantar aplikasi tersebut kepada syarikat Apple Inc. untuk dikeluarkan. Pengeluaran aplikasi mudah alih tersebut sepatutnya mengambil masa selama 5 hari, namun dimaklumkan masih dalam proses.
Sehubungan dengan itu, pihak PPIR mengambil maklum berkaitan tempahan jubah, dimana ramai pengguna IOS tidak dapat mengakses sistem tempahan. Oleh itu, pihak PPIR mengambil inisiatif untuk menutup sistem tersebut terlebih dahulu. Tarikh tempahan jubah konvokesyen akan dimaklumkan semula dari semasa ke semasa sekiranya telah dibuka.
Pihak MPP dan PPIR memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Diharap para graduan mengambil maklum tentang perkara ini dan cakna dengan hebahan yang akan dikeluarkan nanti.
Sekian, terima kasih.
コメント